Tingkatkan ketepatan kehadiran serta kurangkan ponteng segera dengan Sistem Rakaman Waktu Biometriks FingerFlex

Jika anda masih menggunakan mesin punch card untuk merakam waktu di tempat kerja anda, sudah tiba masanya untuk anda menggunakan teknologi biometriks dengan perisian rakaman waktu yang cekap bagi membantu anda mengurus tenaga kerja anda dengan lebih mudah.



Adakah rakaman waktu kehadiran di tempat kerja anda masih lagi menjadi isu yang besar?

Anda mungkin salah seorang dari ribuan pemilik syarikat, pegawai sumber manusia, pegawai pentadbir atau pegawai IT syarikat di Malaysia yang masih tercari-cari sistem yang paling mudah untuk menyelesaikan masalah merakam waktu kakitangan anda.

Kunci untuk memahami masalah ini adalah berikut:-

"Masalah ponteng dan lewat berlaku kerana kelemahan pemantauan dan kawalan"

Tanpa pemantauan, kawalan akan menjadi lemah dan secara keseluruhannya, kehadiran di tempat kerja anda mencuri produktiviti utama syarikat anda.

Kebanyakkan majikan kerugian ribuan ringgit setiap hari disebabkan masalah kehadiran, tanpa disedari!

Mungkin jadi anda adalah salah seorang daripada majikan atau organisasi yang kerugian wang tanpa disedari setiap hari disebabkan masalah kehadiran?

Bolehkah anda menyelesaikan masalah kehadiran di tempat kerja anda, jika anda tidak menyedari masalah tersebut pada mulanya?

Disebabkan itulah kebanyakkan syarikat dan organisasi pada masa kini mengadakan sistem komputer untuk memantau kehadiran dengan rapi bagi:-

Namun begitu:

"Apakah gunanya pemantauan yang baik jika anda tidak dapat memastikan ketepatan rakaman?"

Dengan kata lain, jika anda tidak dapat memastikan ketepatan atau kesahihan rakaman waktu yang dilakukan oleh pekerja anda, maka secara semula jadinya masalah ponteng dan lewat ini bukan sahaja tidak dapat dielakkan, malah akan menular!

Inilah masalah utama apabila anda menggunakan sistem punch card, swipe kad, no pin dan lain-lain sistem berasaskan token yang tidak membuktikan identiti sebenar pekerja yang merakam waktu.

Jika identiti sebenar pekerja tidak dapat dipastikan laporan anda juga tidak akan punyai makna:

"Garbage in = Garbage out "

Garbage in, garbage out (GIGO) adalah satu terminologi dalam sains komputer yang memberi definasi apabila data yang diberikan adalah tidak betul, maka hasil pemprosesan juga tidak akan betul.

Anda mungkin sudah membelanjakan ribuan ringgit untuk mengadakan sistem rakaman waktu di tempat kerja anda.

Biometriks dan sistem rakaman waktu

Sistem yang dapat mengatasi kelemahan PIN, Token, Magnetic/Swipe card adalah biometriks. Teknologi biometriks adalah teknologi pengesahan individu berdasarkan ciri-ciri tubuh badan pendaftar tersebut, dan biometriks yang paling popular adalah biometriks cap jari disebabkan praktikaliti dan kesenangan penggunaan.

Namun begitu, anda mungkin sudah mendengar dari pasaran kegagalan projek-projek biometriks di swasta mahupun kerajaan!

Memperkenalkan Perakam Waktu FingerFlex, Perakam waktu terpopular di Malaysia semenjak 1999!

"Peningkatan ketepatan kehadiran yang cepat..."

Pada akhir bulan pertama kami memasang FingerFlex di tempat kerja pelanggan kami yang mempunyai 104 kakitangan, saya telah membantu mencetak laporan individu yang juga memaparkan statistik dan peratusan kehadiran bagi setiap kakitangan. Pengurusan seterusnya mengedarkannya dengan cop dan sign.

Bulan yang seterusnya, pelanggan kami mencapai rekod kehadiran hampir bersih sifar lewat! Terima kasih P2 Digital kerana membangunkan FingerFlex!

- En Shafiq Mahali, Lynx Solution

"Memudahkan pengurusan anggota sekuriti Universiti Islam Antarabangsa"

Kami di pengurusan keselamatan ingin mengucapkan terima kasih pada FingerFlex kerana memudahkan kami merekodkan fail kedatangan anggota-anggota(staf)

- Sulaiman B Muhari, IIUM Security Services Sdn Bhd

"Pengganti bagi sistem 'punch card' di Felda semenjak 2004!"

Penggunaan FingerFlex di FeldaThe ‘FingerFlex™’ system is a Biometric Time Recording System which can replace the Punch Card System currently in use. This system will record the movement of the employees accurately as this system tracking method is the use of fingerprints to gain entry into the office.

The employees only need to lay their thumbprint on the pad when entering and leaving the office. This system is user friendly and straightforward and will assist the HR Department to monitor the comings and goings of its personnel.

This system is fail-safe as the employees cannot misuse this system as in the case of the ‘Punch Card System’. The data will be recorded automatically and a report can be printed out for recording purposes.

Since its launch, the system was deemed a success as it is effective and is beneficial to the users. The rules and regulations on working hours have not been revoked or altered despite the implementation of this system."

- Dari Arkib Felda News (2004)

Memperkenalkan FingerFlex, perakam waktu biometriks untuk pengguna bukan IT pertama di Malaysia

P2 Digital adalah pengeluar tempatan produk FingerFlex, perakam waktu biometriks yang menggunakan algoritma pengesahan jari terbaik, dan perisian yang lebih kaya dengan features yang dapat membantu anda memantau kehadiran di tempat kerja anda.

Jenis pengesahan biometriks

Biometriks terbahagi kepada dua, identification dan authentication. Authentication adalah pengesahan cap jari berdasarkan kad atau nombor PIN. Pengguna dikehendaki membawa bersama kad atau menekan nombor PIN sebelum pengesahan dapat dibuat dan agak perlahan untuk memproses que yang panjang.

Identification adalah pengesahan cap jari sahaja yang bermaksud, cap jari si perakam akan dicari dan dipadankan di dalam pengkalan data tanpa pengguna perlu membawa sebarang token pengesahan lain.

"Tanpa kad, No PIN atau token, HANYA JARI!"

Disebabkan itulah, P2 Digital menggunakan teknologi biometriks yang menumpukan kepada identification(pengenalpastian) dan bukannya authentication(pengesahan) . Teknik identification akan memudahkan sesiapa sahaja untuk menggunakan teknologi biometriks tidak kira apa peringkat pekerja.

Hanya letakkan jari dan jalan... merakam waktu dengan FingerFlex hanya mengambil masa sesaat, tidak perlu masukkan no pin atau imbas kad.

Sistem perakam waktu FingerFlex skrin masuk

Pastikan anda tahu pergerakan pekerja anda, dengan skrin memasukkan sebab-sebab masuk/keluar. Setiap sebab boleh ditetapkan sendiri oleh anda!

skrin sebab hadir lambat perakam waktu biometriks fingerflex

Perakam waktu anda tidak dapat tetapkan jadual waktu hari Jumaat? Jangan panik, pastikan anda menyusun jadual waktu anda dengan FingerFlex.

pengurusan jadual waktu kerja perakam waktu fingerflex

  • Jadual waktu anjal. Jika anda cuma memerlukan pekerja anda bekerja sekian jam sehari/seminggu (cth: 20 jam seminggu) tidak kira waktu masuk/keluar, gunakan jadual waktu anjal

  • Overtime - Anda boleh menetapkan masa overtime kerja setiap hari.

  • Shift pagi/malam - anda boleh menyusun sehingga 3 shift setiap hari.

  • Jadual "rotation" ikut minggu atau bilangan hari. Anda boleh menetapkan jadual pekerja anda mengikut shift yang boleh di susun mengikut kitaran hari ataupun minggu.

Bagi Jabatan Kerajaan, FingerFlex dapat menetapkan jadual mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2007 - "Pelaksanaan Waktu Bekerja Berperingkat di Semua Agensi Kerajaan Persekutuan"

 

Clearkan que pekerja merakam cap jari 150 orang dalam 15-20 minit. FingerFlex menggunakan algoritma cap jari yang memenangi pertandingan Fingerprint Verification Contest 2005 di atas qualiti, ketepatan dan kelajuan pengesahan cap jari

Tidak perlu tunggu lama untuk mengadakan sistem biometriks di pejabat anda. Anda akan merasai segera segala faedah pemakaian sistem biometriks FingerFlex dengan hanya beberapa langkah pemasangan yang mudah. Pengimbas jari FingerFlex hanya perlu disambungkan kepada USB port komputer anda!

Kami pasti anda sudah biasa dengan pekerja yang merungut apabila menerima surat amaran. Serahkan pada FingerFlex!

skrin kad kuning hijau merah

 

Kebolehan anda menyediakan laporan tidak terbatas. Cuma export mana-mana laporan di dalam sistem FingerFlex kepada Microsoft Excel dan anda boleh membuat sebarang laporan yang syarikat anda perlukan tanpa perlu sebarang kos customization yang mahal!

File Excel yang anda jana tersebut juga boleh diimport oleh perisian payroll atau sistem pengurusan manusia anda dengan mudah.

export laporan kehadiran ke excel

Browse maklumat kehadiran di pejabat anda semudah anda browse Internet! Kebanyakkan pengguna kami bukanlah pakar IT atau komputer, dan disebabkan itulah kami mereka bentuk interface FingerFlex semudah yang mungkin. Tidak perlu membuat query database yang kompleks, cuma "point & click" sahaja.

skrin pengurusan sistem perakam waktu biometriks fingerflex

Rekodkan cuti pekerja anda dengan mudah! FingerFlex menyokong kesemua cuti, cuti bersalin, sakit, kursus, sambung belajar dan sebagainya!

skrin pengurusan rekod cuti kerja perakam waktu fingerflex

 

FingerFlex memberi anda terus zoom pada kakitangan yang lambat!

skrin rekod kehadiran perakam waktu fingerflex

Anda hanya memerlukan beberapa minit sahaja sehari untuk mengurus laporan-laporan anda!

Dari mencetak laporan kehadiran harian, sehingga kepada mencetak surat-surat amaran kepada pekerja yang hadir lambat, anda hanya perlu pilih jenis laporan yang hendak dicetak dengan beberapa klik sahaja.

Carta laporan keseluruhan Anda dapat melihat secara keseluruhan kehadiran kakitangan anda mengikut bulanan/tahunan.

carta kehadiran organisasi keseluruhan untuk tempoh sebulan

Laporan kehadiran kumpulan secara kumpulan

laporan kehadiran harian mengikut kumpulan

Laporan kehadiran individu

laporan kehadiran individu sistem perakam waktu biometriks fingerflex

Laporan Cuti

laporan staf bercuti mengikut kumpulan perakam waktu biometriks fingerflex

Laporan Kehadiran lewat

laporan kehadiran lewat mengikut kumpulan sistem perakam waktu fingerflex

Bagaimana anda dapat menggunakan FingerFlex di tempat kerja anda dengan 3 langkah mudah!

Perakam Waktu FingerFlex Desktop

Urus ratusan pekerja anda semudah anda mengurus seorang sahaja!

Dengan FingerFlex anda dapat mengurus semua keperluan kakitangan anda samada merekod cuti, melapor ketidak hadiran, mencetak surat amaran dengan hanya beberapa klik tetikus!

Kaedah yang dapat memastikan pekerja anda hadir awal dengan menggunakan FingerFlex

Kami pasti pada bulan hadapan pekerja anda akan memastikan kolum jumlah hari lewat atau jumlah jam lewat tersebut bernilai kosong, bagi mengelakkan sebarang denda atau halangan dalam kenaikan pangkat!

Kata-kata pelanggan sekolah kami

surat sokongan penggunaan perakam waktu fingerflex sekolah menengah kebangsaan abdul samadSukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah telah memasang dan menggunakan Sistem FingerFlex, produk P2 Digital Sdn Bhd bagi merekod kehadiran guru-guru dan staff sokongan sekolah ini dengan berkesan mulai 1 Julai 2005 sehingga kini.

Baca seterusnya

- Hj. Mohd Hamidi B Awang, Pengetua, Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Samad

surat sokongan penggunaan perakam waktu fingerflex dari sekolah menengah kebangsaan taman melawatiSaya Puan Wan Natijah bt Wan Yusof (Pengetua) telah memasang sistem FingerFlex pada 12 April 2006 di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Melawati, Kuala Lumpur. Sistem ini telah membantu pihak kami dalam memantau kehadiran kakitangan dengan mudah. Antara faedah yang kami perolehi adalah:- a) Senang memantau kehadiran semua guru dan kakitangan setiap hari. Baca seterusnya...

- Puan Natihaj Bt Wan Yusof , Pengetua, Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Maluri, Kuala Lumpur

Sokongan teknikal dari pakar, sentiasa!

Diakui oleh pelanggan-pelanggan kami, FingerFlex amat mudah untuk diimplementasikan di tempat kerja mereka, sehinggakan pekerja yang tidak mahir komputer pun boleh menggunakan FingerFlex.

Namun atas dasar komitmen kami untuk melihat pelanggan-pelanggan kami mendapat penggunaan yang terbaik, kami bersedia memberi sokongan teknikal dari pakar-pakar kami.

Sebab itu kami menyediakan sokongan pakar kami yang berpengalaman lebih 9 tahun membantu pelanggan-pelanggan kami untuk juga membantu anda. Semua masalah anda dapat diselesaikan dengan mudah!

Jimat dan mudahkan kos pentadbiran kakitangan anda sekarang!

FingerFlex telah membantu pelbagai organisasi di Malaysia menjimatkan dari ribuan hingga ratus ribuan ringgit dalam kos pengurusan dan produktiviti setahun. Bayangkan syarikat anda juga mula mendapat manfaat dari penggunaan FingerFlex.

Tingkatkan produktiviti syarikat/jabatan anda segera dengan mendapatkan FingerFlex Desktop di pejabat anda hari ini!

Dengan permintaan kepada FingerFlex yang tinggi dan kos pembangunan perisian yang meningkat untuk memenuhi keperluan pelanggan-pelanggan kami, kami akan mula menaikkan harga Sistem Perakam Waktu FingerFlex dalam masa yang terdekat.

Jadi dapatkan sistem Perakam waktu FingerFlex anda pada hari ini sebelum terlewat.

Ambil masa 90 hari untuk menggunakan FingerFlex di pejabat anda tanpa risiko!

YA! Jaminan Berani wang dikembalikan jika anda tidak berpuashati dengan Perakam Waktu FingerFlex atas sebarang alasan selama anda menggunakannya dalam masa 90 hari!

Ini bermaksud anda boleh mengambil masa 3bulan untuk mencuba FingerFlex bagi rakaman waktu kakitangan pejabat anda tanpa risiko. Cuba sendiri bagaimana FingerFlex dapat digunakan dipejabat anda, merakam kehadiran dengan biometriks, mencetak laporan dengan pantas dan lain-lain ciri FingerFlex yang anda boleh terus gunakan dalam masa 90 hari tanpa risiko.

Dan jika dalam masa 90 hari anda tidak merasakan FingerFlex sesuai untuk digunakan, cuma hantarkan kembali sistem dalam keadaan baik dan kami akan memulangkan wang anda tanpa apa-apa soalan!

Setelah hampir 9 tahun kami mengedar FingerFlex di pasaran, kami tidak teragak untuk melaksanakan jaminan ini hasil dari track rekod penggunaan sistem oleh pelanggan-pelanggan yang berpuashati!

Belum sampaikah waktunya untuk anda tumpukan pada objektif syarikat/jabatan?

Buang semua task-task remeh di syarikat anda hari ini dalam mengurus laporan kehadiran kakitangan supaya anda dapat menumpukan produktiviti syarikat anda pada objektifnya yang sebenar!

Apabila anda memesan Sistem Perakam Waktu FingerFlex anda akan mendapat:

Hilangkan kemelut anda segera. Pastikan pejabat anda menggunakan FingerFlex sepenuhnya pada bulan depan!

P.S. Jangan lupa, anda boleh menggunakan FingerFlex selama 90 hari tanpa risiko, jika anda tidak berpuashati atas sebarang alasan.

P2 Digital Sdn Bhd (484 277-D)
Level 28, Central Plaza, No 34,
Jalan Sultan Ismail,
50250, Kuala Lumpur.
Tel: +603-2717 2810
Fax: +603-2147 4666

Anda juga boleh menghubungi pegawai kami, En Naim untuk sebarang maklumat tambahan di talian 012-9056751.

P2 Digital Sdn Bhd
Level 28, Central Plaza, No 34, Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur
MALAYSIA.

Tel +603-2717 2810
Fax  +603-2147 4666
   
Email + info@p2digital.com